Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 April 2012

REVIEW TEST DRIVE PROTON PREVE'



kereta ini kereta proton pertama yang saya rasa best untuk dipandu berbanding kereta-kereta proton yang lain yang pernah saya miliki. dari segi handling terbaik kalau nak compare dengan kereta proton persona dan saga FLX sebab kedua-dua kereta ni stereng dia berat dan proton preve ni lebih ringan macam kereta proton wira aeroback saya.




dari segi keselesaan memang lebih selesa dari proton persona kerana sudut untuk temapt duduk belakang tidak terlalu tegak dan ia lebih luas. dan saya rasakan ianya lebih luas dari proton inspira. kereta ini mempunyai tempat duduk yang kalis air mengikut kata saleman itu la tapi nak test tuang air die tak bagi..hehe.. ruang pemandu pun lebih selesa mungkin sebab ia kereta baru. papan pemuka dia boleh dikira cantik dengan trim ODO meter meter yang lebih kemas..selain itu untuk spec premium ada paddle shift dan lain-lain seperti yang telah diceritakan  di blog-blog lain.

feel pemanduan memang hebat kerana saya tidak rasa bahawa speed pada ODO meter sudah melepasi 120km/j dalam 2000rpm. kemudian apabila kereta mencapai 140km/j kadar rpm kereta adalah 3000rpm. kalau nak compare dengan kereta wira saya memang kalah r kereta saya kerana pada 3000rpm kereta saya bary mencapai kelajuan 110km/j. Semasa test drive di highway plus pada kelajuan 150km/j proton preve boleh dikatakan senyap walaupun tidak senyap sangat tetapi ianya lebih baik dari kereta-kereta proton lain yang sebelum ini.

secara keseluruhannya saya memang berpuas hati dengan kereta ini. klu nak compare kereta toyota vios yang pernah saya pandu, preve better dari vios dari segi pickup dan keselesaan pada kelajuan tinggi. Vios yang pandu apabila mencapai kelajuan 120km/j dengungan angin kedengaran dan bertambah kuat apabila kelajuan melebihi 120km/j. model vios yang saya maksudkan adalah model vios bulan  ogos 2011 milik sahabat saya. apa-apa pun preve memang terbaik. tahniah proton kerana berusaha untuk lebih baik walaupun tetap di complain oleh rakyatnya sendiri. Harap proton dapat mengekalkan momentum dan improve dari pelbagai aspek dan mengambil complain pengguna sebagai asas kepada lebih baik dan  bukannya melenting apabila di complain.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan